Henti tular gambar anjing mati
Iklan
Gambar yang tular di media sosial.
SEREMBAN – Orang ramai diminta supaya berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes lima ekor anjing yang mati dipercayai akibat diracun.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asistant Komisioner Polis, Thiew Hock Poh berkata, tindakan menyebarkan gambar tersebut secara berterusan boleh mengganggu siasatan yang dijalankan.
Iklan
Iklan
"Pihak polis sedang menyiasat punca sebenar kematian lima ekor anjing itu.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak tularkan kes ini lagi kerana siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan.
Dalam pada itu, Hock Poh berkata, pada 5 Januari lalu pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 50 tahun memaklumkan seekor anjingnya ditemui mati di lorong belakang perumahan di Taman Lavender Heights, di sini.
Iklan
"Dia memberitahu telah meninggalkan lima ekor anjing peliharaannya di rumah yang juga tinggal di kawasan sama pada 28 Disember lalu.
"Pada 30 Disember dia mendapati seekor anjingnya telah hilang dan keesokan harinya telah menemui anjingnya mati di lorong belakang rumah,” katanya.
Tambahnya, pengadu juga memberitahu antara Selasa hingga Jumaat dia ada ternampak dua ekor anjing mati berdekatan dengan rumahnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>