Wang simpanan RM386,000 lesap sekelip mata
Iklan
Aibee
SEREMBAN - Seorang wanita berusia 44 tahun rugi selepas wang simpanannya sebanyak RM386,000 yang kononnya dijaga oleh Akaun Audit Negara lesap.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, mangsa yang tinggal di Taman Bukit Tampin itu terpedaya dengan kata-kata seorang lelaki yang memaklumkan mangsa terlibat dengan penipuan wang orang awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada 7 November lalu apabila mangsa yang dikenali sebagai Tien menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai di sebuah agensi komunikasi.
"Lelaki berkenaan memaklumkan mangsa mempunyai kes jenayah yang direkodkan di Pulau Pinang sebelum menyambung panggilannya kepada seorang wanita yang menyamar sebagai anggota polis di Bukit Aman.
Iklan
"Wanita itu memaklumkan mangsa menggelapkan wang dengan seorang lagi rakan pada tahun 2016 dan memintanya memindahkan kesemua wang simpanan ke dalam sebuah akaun kononnya milik Audit Negara untuk tujuan audit. Mangsa diugut wangnya akan hilang jika gagal melakukan pemindahan tersebut.
"Panik dengan kata-kata tersebut, mangsa kemudiannya membuat 78 transaksi duit ke empat akaun dengan jumlah keseluruhan RM386,000 antara tarikh 8 hingga 15 September lalu,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Tambah Aibee, setiap transaksi duit yang dilakukan akan diberi Notis oleh 'Juru Audit Negara' sebagai makluman duit tersebut telah direkodkan.
Bagaimanapun katanya, mangsa kemudiannya menyedari dia ditipu dan terus membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>