Yuran permit guru swasta dinaikkan tahun depan
Iklan
KUALA LUMPUR - Mulai tahun hadapan kadar yuran permit mengajar guru-guru persendirian di institusi pendidikan swasta akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Permit Mengajar) 2013.
Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), ia akan melibatkan bayaran proses sebanyak RM10 dan bayaran fi permit sebanyak RM30.