Gopal Sri Ram tawar khidmat percuma

Iklan
DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya membelanjakan jumlah wang yang tinggi untuk mendapatkan khidmat Datuk Seri Gopal Sri Ram, peguam yang mewakilinya dalam kes Taman Rimba Kiara.

Kementerian Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, peguam itu menawarkan khidmat secara probono (percuma) untuk mewakili DBKL dalam kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Apabila tawaran ini dirujuk kepada syarikat guaman yang mewakili DBKL dalam kes ini, mereka bersetuju menerima tawaran itu.

"Oleh itu, dakwaan bahawa DBKL membelanjakan jumlah yang tinggi untuk khidmat beliau adalah palsu dan tidak berasas," menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan