Monyet cedera pergi kedai ubat
Iklan
NEW DELHI - Seorang pemilik kedai ubat-ubatan di timur India menerima kunjungan 'pelanggan' luar biasa ketika kejadian pada minggu lalu.
Anajum Ajim yang membuka kedai di Mallapur, daerah Birbhum di Bengal Barat terkejut selepas seekor monyet melompat ke atas kaunter dan seolah-olah mengadu ia sedang kesakitan dipercayai akibat bergaduh.