'Pas memang hilang arah'
Iklan
Mahfuz (dua kanan) turut melakukan gimik perasmian pembinaan premis tambahan Maahad Tahfiz Ahmadiah, Kampung Haji Ngah Bedong hari ini.
SUNGAI PETANI - Pas sudah hilang arah walaupun masih di berada bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang meramalkan Pas tiada hala tuju yang jelas jika Abdul Hadi tidak lagi memegang jawatan tertinggi parti.
Iklan
Iklan
"Sekarang pun Pas sudah hilang arah. Saya tak setuju dengan kenyataan Khalid Samad bahawa katanya bila ketiadaan Presiden, Pas akan hilang arah.
"Sekarang pun mereka dah hilang arah walaupun masih berada bawah kepimpinan Abdul Hadi, itu pandangan yang sangat tidak wajar bagi saya," katanya ketika hadir pada Majlis Taklimat Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Kedah di Maahad Tahfiz Ahmadiah, Kampung Haji Ngah Bedong hari ini.
Iklan
Hadir sama, Exco Agama, Datuk Dr Ismail Salleh.
Semalam, Khalid dipetik sebagai berkata, Pas kini tidak mempunyai mesej yang jelas kepada ahlinya selepas mengadakan muafakat bersama UMNO dan hanya dianggotai ahli yang benar-benar taat kepada parti itu sahaja.
Iklan
"Selagi ada Abdul Hadi mereka patuh tapi selepas Abdul Hadi tak ada, parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Mereka (Pas) tidak akan punya ketahanan," katanya selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Kelantan Kali Ke-4 2019 semalam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Ada gaduh ke?' - Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Ahmad Zahid retak"><meta itemprop="description" content="'Ada gaduh ke?' - Anwar tepis dakwaan hubungan dengan Ahmad Zahid retak
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parti #Politik #AnwarIbrahim #ZahidHamidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-15T06:26:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P78S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxwfee"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxwfee"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxwfee"></script>