Enam projek pembangunan di Muar
Iklan
Dr Sahruddin Jamal
Babit peruntukan RM101.15 juta dalam pertimbangan kerajaan Persekutuan
JOHOR BAHRU - Sebanyak enam projek pembangunan di Muar membabitkan peruntukan bernilai kira-kira RM101.15 juta kini dalam pertimbangan kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan Medan Selera Asam Pedas di Pantai Leka, naik taraf hakisan pantai di kawasan Pengkalan Seri Menanti Laut, naik taraf perparitan dan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi dan pembinaan jalan pintas dari Muar Furniture Park ke Batu 11.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika lawatannya pada 20 Oktober lalu bersetuju menimbangkan projek berkenaan.
"Selain itu, cadangan juga melibatkan pembinaan projek pelebaran jalan utama dalam kawasan Muar Furniture Park selain projek pelebaran jalan sedia ada di kawasan yang sama,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zaiton Ismail (BN-Sungai Balang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.
Dr Sahruddin turut memberi jaminan kesemua projek berkenaan akan tetap dilaksanakan walaupun dalam kawasan pembangkang.
Iklan
"Projek di Tanjung Piai pun kita akan teruskan tapi kesian baru menang dah ambil kredit untuk projek itu, Insya-ALLAH projek yang saya telah umum kita akan tetap laksanakan tidak perlu khuatir.
"Ini sama sahaja macam baharu ini kita rasmikan persimpangan bertingkat Pulai Jaya, berapa lama projek itu tergendala, tujuh tahun sahaja tetapi kita telah selesaikan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>