Parti PM India buat kejutan

Iklan
Narendra Modi

NEW DELHI - Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Nerendra Modi membuat kejutan dengan kembali memegang kuasa di negeri terkaya, Maharashtra.

Presiden Ram Nath menguatkuasakan pemerintahan langsung di negeri tersebut pada minggu lalu selepas pilihan raya sengit beberapa minggu lalu menyebabkan pertelagahan antara parti untuk membentuk kerajaan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, Maharashtra dipimpin oleh parti nasionalis BJP dan sekutu sayap kanan, Shiv Sena.

Namun kedua-duanya gagal untuk mencapai perjanjian perkongsian kuasa walaupun keputusan menunjukkan gabungan mereka memperoleh majoriti selesa untuk penggal kedua berturut-turut.

Iklan

Shiv Sena kemudiannya menarik diri dengan harapan pesaing ideologi, Kongres Kebangsaan dan Parti Kongres Nasionalis (NCP) dapat membentuk kerajaan.

BJP bagaimanapun setuju untuk bergabung dengan NCP menerusi perjanjian yang dicapai hari ini.

Iklan

Penggabungan itu menyaksikan Devendra Fadnavis daripada BJP mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua manakala wakil NCP, Ajit Pawar dilantik sebagai timbalannya.

Gabungan itu bagaimanapun masih perlu membuktikan majoriti mereka dalam badan perundangan dalam tempoh seminggu untuk kekal berkuasa.

Di bawah Perlembagaan negara itu, New Delhi boleh mengambil kawalan langsung terhadap sesebuah negeri tanpa ketua kerajaan tempatan selepas mendapat persetujuan daripada presiden. - AFP