Dua beradik maut ditinggalkan dalam kereta

Iklan
Kedua-dua mangsa dipercayai terdedah dengan haba melampau.

BRISBANE - Dua beradik maut selepas ditinggalkan di dalam sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Brisbane, Australia, Sabtu lalu.

Kanak-kanak berusia setahun dan 2 tahun itu ditinggalkan dalam kereta ketika suhu di luar melonjak 31 celsius.

Iklan
Iklan

Menurut saksi, kedua-dua mangsa ditemui oleh ibunya yang kemudian segera membawanya masuk ke dalam rumah.

Polis dan paramedik dipanggil ke rumah yang terletak di Logan kira-kira jam 1.35 petang waktu tempatan.

Iklan

Namun, mangsa tidak bertindak balas ketika ditemui dan paramedik berusaha keras untuk memulihkannya.

Polis memberitahu 9News, kanak-kanak perempuan itu mati selepas ditinggalkan di dalam kereta pada musim panas.

Mayat kedua-dua mangsa dilaporkan ditemui ibunya di dalam kereta.

Iklan

Bagaimanapun, tidak dinyatakan berapa lama kedua-dua mangsa ditinggalkan dalam kereta sebelum ditemui.

Seorang jiran memberitahu Courier Mail, cucunya melihat kanak-kanak itu dibawa masuk dalam keadaan basah akibat peluh.

"Ia adalah satu kemalangan tragis, dia seorang ibu yang baik," katanya.

Menggambarkan kejadian itu sebagai tragis, Pegawai penyiasat, Mark White berkata, kedua-dua mangsa membuktikan mereka terdedah dengan haba melampau.

Polis telah mengambil keterangan ibu bapa kanak-kanak itu, namun tiada tangkapan dilakukan.

Menurut Persatuan Jalan Raya dan Pemandu Kebangsaan Australia, suhu di dalam sebuah kereta boleh melebihi 30 celcius daripada luar pada musim panas di negara itu.

"Dalam beberapa minit, seorang kanak-kanak yang tinggal di dalam kereta yang diletakkan di dalam haba yang melampau boleh menjadi kering dan boleh mati akibat kegagalan organ, katanya. - Agensi