Populasi ketam bakau di Tanah Bencah Setiu meningkat
Iklan
Prof Dr Mhd Ikhwanuddin menunjukkan antara ketam bakau yang dihasilkan menerusi program pembenihan dan peningkatan semula jadi ketam bakau dijalankan oleh AKUATROP, UMT.
KUALA TERENGGANU – Program pembenihan dan peningkatan semula jadi ketam bakau dijalankan oleh Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (Akuatrop), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya meningkatkan populasi hidupan itu di Tanah Bencah Setiu.
Ketua Penyelidik, Prof Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah berkata, program yang dijalankan sejak 2014 itu berjaya meningkatkan populasi ketam bakau di habitat semula jadinya, sekali gus membantu meningkatkan hasil tangkapan dan sumber pendapatan nelayan setempat.
Iklan
Iklan
"Hasil kajian menerusi program yang dijalankan meningkatkan jumlah populasi ketam ini yang secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan aktiviti penternakan dan pembenihan ketam bakau secara semula jadi.
"Perkembangan positif ini juga menjadikan Akuatrop, UMT sebagai pusat rujukan kebangsaan dan antarabangsa bagi penyelidikan berkaitan akuakultur dan perikanan ketam bakau,” katanya.
Iklan
Program pembenihan dan peningkatan semula jadi ketam bakau dijalankan oleh AKUATROP, UMT berjaya meningkatkan populasi ketam bakau di habitat semula jadinya di Tanah Bencah Setiu.
Katanya, program itu juga berjaya menambah baik teknologi penghasilan benih ketam bakau di lokasi memproduksi benih (hatcheri) selain mewujudkan pusat penetasan benih ketam secara semula jadi di kawasan itu.
Iklan
Beliau berkata, program dijalankan itu melibatkan dua geran daripada Projek Niche Research Grant Scheme (NRGS), UMT yang bertajuk Peningkatan Produktiviti Sumber Krustasia Melalui Aplikasi Teknologi Pemakanan dan geran daripada Projek Kajian Translational, UMT yang bertajuk Melestarikan Industri Akuakultur dan Sumber Semulajadi Ketam Bakau di Terengganu.
Beliau berkata, program yang dijalankan bersama 15 penyelidik itu berjaya mencapai objektif yang dirangka.
"Antara objektif program kita ialah untuk menghasilkan formulasi makanan untuk larva dan induk ketam bakau, meningkatkan kematangan kelenjar reproduksi (gonad) induk ketam bakau dan kualiti serta kadar hidup benih ketam itu.
"Kita juga mengkaji keberkesanan sistem kandang ketam terhadap jumlah populasi ketam bakau di habitat semula jadi serta mengkaji keberkesanan aktiviti ternakan ketam dalam sistem kandang,” katanya.
Makanan formulasi yang dihasilkan AKUATROP, UMT bagi menghasilkan induk ketam bakau yang berkualiti tinggi.
Selain itu katanya, beberapa output program juga telah dihasilkan antaranya penghasilan 24 artikel mengenai spesies hidupan itu, lima buah buku daripada penerbit nasional dan antarabangsa, sebuah monograf (Portunid crab reproduction: Paving the way for sustainable aquaculture production).
"Kita juga berjaya mengikuti 21 prosiding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti di Jepun, Belgium, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, China serta berjaya melahirkan satu jenis harta intelek berdaftar - Hak Cipta (Feed formulation of pellet for mud crab feeding).
"Program ini berjaya melahirkan seramai lima pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) dan tujuh pelajar sarjana serta lebih 10 pelajar sarjana muda.
"Turut membanggakan, buku Mud Crabs of Setiu Wetland berjaya mendapat pengiktirafan Anugerah Buku Negara 2016 bagi kategori Alam Semula jadi dan kita juga berjaya membuat satu manual Teknologi Penghasilan Benih Ketam Bakau di hatcheri,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal