Evo Morales desak campur tangan masyarakat antarabangsa
Iklan
MEXICO CITY - Bekas Presiden Bolivia, Evo Morales semalam mendesak campur tangan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan genosid di Bolivia yang telah meragut 32 nyawa penyokong beliau.
"Saya menggesa Suruhanjaya Antara-Amerika untuk Hak Asasi (IACHR) dan PBB mengutuk dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat tidak berdosa di Bolivia yang menuntut keamanan, demokrasi dan menghormati kehidupan mereka,” katanya ketika sidang media di Mexico City.