Indeks jenayah Terengganu turun 19.3 peratus

Iklan
Aidi (kanan) beramah mesra bersama sebahagian daripada penerima Pemakaian Pangkat selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis Cawangan Specialist Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU - Indeks jenayah di Terengganu menunjukkan penurunan sebanyak 19.3 peratus bagi tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, daripada 1,823 kes yang direkodkan tahun lalu sebanyak 1,206 atau 66.2 peratus berjaya diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Berbanding tahun 2017, terdapat sebanyak 2,257 kes dilaporkan dengan 1,706 daripadanya diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis Cawangan Specialist Kontinjen Terengganu, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Iklan

Sempena majlis tersebut, seramai 17 anggota disempurnakan pemakaian pangkat terdiri daripada 13 sarjan di samping tiga sarjan mejar.

Sementara itu, Aidi berkata, polis Terengganu telah menggerakkan usaha memerangi kegiatan curi motosikal termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut sama ada di jalan raya atau kawasan parkir bagi mengesan kenderaan yang dicuri sekali gus menyelesaikan jenayah berkenaan.

Iklan

Katanya, hasil kajian awal mendapati kebanyakan kes berkenaan bukan didalangi sindiket sebaliknya dibuat secara perseorangan dan kecil-kecilan.

"Kebanyakan kes kecurian berlaku dalam kawasan rumah dan ini menunjukkan bahawa kemungkinan kenderaan itu tidak dikunci sewajarnya oleh pemilik.

"Di samping itu kita juga memberi tumpuan dalam usaha memupuk kesedaran kalangan penunggang agar lebih berwaspada menjaga motosikal mereka.

"Kita dapati trend kecurian di Terengganu banyak membabitkan jenis Honda kerana komponennya mudah dileraikan," katanya.