Shinzo Abe PM paling lama di Jepun
Iklan
TOKYO - Shinzo Abe tersenarai dalam sejarah di Jepun sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara itu.
Hari ini menandakan hari ke 2,887 Abe di pejabat, sekali gus mendahului rekod sebelum ini yang dipegang ahli politik Taro Katsura yang berkhidmat sebanyak tiga kali antara 1901 dan 1913.