Bukan tutup pejabat tapi pekerja cuti: MB
Iklan
Hantaran yang tular di media sosial mendakwa Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah tidak lagi beroperasi.
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan berhubung penutupan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah yang dikatakan tidak lagi beroperasi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu sebaliknya berkata, pusat khidmat tersebut hanya ditutup selama dua hari berikutan kakitangan terlibat bercuti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu apatah lagi dakwaan kononnya pejabat berkenaan sudah lama ditutup.
"Pejabat itu hanya tutup dua hari iaitu Isnin dan Selasa tetapi pada hari ini sudah buka seperti biasa.
Iklan
"Perkara ini tidak perlu dijadikan isu, mereka hanya tutup sebab kakitangan bercuti, itu sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Sambutan Deepavali Peringkat Negeri di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dekat sini hari ini.
Aminuddin bersama sebahagian tetamu yang hadir di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Sembilan di Dewan MPS hari ini.
Iklan
Sementara itu, ditanya sama ada pejabat berkenaan diuruskan ahli keluarga wakil rakyat kawasan itu, Aminuddin menjelaskan bahawa pengambilan staf dalam kalangan ahli keluarga bukanlah masalah kerana sesiapa sahaja boleh bekerja di situ.
"Kalau betul pun (keluarga yang bekerja) apa masalahnya, yang penting ada orang bekerja,” katanya.
Hari ini tular di laman sosial Facebook mengatakan bahawa Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah ditutup dengan rapi termasuk dikunci menggunakan mangga.
Menerusi hantaran tersebut, pegawai di pejabat itu juga didakwa telah diberhentikan dan tugasan diambil alih bapa kepada wakil rakyat kawasan berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>