Kerajaan Sabah minta kelonggaran guna bot hantar PATI
Iklan
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah berharap Kementerian Pengangkutan akan memberi kelonggaran untuk menentukan jenis bot yang bersesuaian bagi melancarkan proses penghantaran pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal selepas perkhidmatan feri dari Sandakan ke Zamboanga dihentikan sementara waktu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ia merupakan bidang kuasa kementerian itu untuk memberi kebenaran bot yang boleh digunakan kerana mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi termasuk faktor keselamatan.