Lelaki parah ditetak anak saudara
Iklan
Keadaan mangsa yang parah selepas ditetak anak saudaranya.
JEMPOL - Seorang lelaki parah ditetak anak saudaranya dengan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Panchor, Rompin di sini lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nurhishamuddin Hashim berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 26 tahun bersama suspek berusia 19 tahun keluar memancing kira-kira jam 5.30 petang di Bahau.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mereka kemudiannya pulang ke rumah pada jam 9 malam dalam keadaan mabuk dan menyambung semula minum di hadapan rumah.
"Selepas itu, mangsa meminta suspek untuk membeli lagi arak dengan memberikan wang berjumlah RM50.
Iklan
"Mangsa kemudiannya tidak berpuas hati kerana suspek lambat pulang ke rumah selepas membeli arak dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka," katanya.
Parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Muhd Nurhishamuddin berkata, suspek yang berang dengan tindakan mangsa meminta duit baki kerana seolah-olah tidak mempercayainya mengambil parang di dapur rumah mereka dan menetak mangsa.
Iklan
"Mangsa cedera di bahagian dahi, dada sebelah kanan dan tangan kiri.
"Pergaduhan dileraikan ibu mangsa seterusnya menghantar mangsa ke hospital manakala suspek melarikan diri," katanya.
Katanya, mangsa ditempatkan di zon kecemasan Hospital Jempol dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Polis masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>