KUALA LUMPUR – Polis Selangor sedang mengesan empat orang saksi untuk hadir ke Mahkamah Seksyen 2, Shah Alam pada 26 dan 27 November ini.
Menurut kenyataan di laman sosial Polis Selangor, empat saksi itu dikenali sebagai Lim San For @ Andrew, 48, Teh Joo Wee atau dikenali Jacky Teh, 37, Khoo Khee Meng, 51, dan Chin Vun Fung, 35.