Melaka usaha kawal populasi babi
Iklan
Norhizam Hassan Baktee
MELAKA - Kerajaan Melaka mengambil tindakan proaktif dalam usaha mengawal populasi babi hutan di negeri ini bagi memastikan haiwan itu tidak mengganggu atau menjadi berbahaya kepada rakyat.
Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, isu melibatkan babi hutan bukan perkara baharu bagaimanapun tiada tindakan proaktif diambil kerajaan terdahulu menyebabkan populasi haiwan itu semakin bertambah.
Iklan
Iklan
Beliau menegaskan kerajaan negeri serta agensi berkaitan sentiasa bersedia membantu rakyat yang menghadapi masalah gangguan babi hutan dan meminta rakyat membuat laporan agar pihaknya boleh mengambil tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.
"Setahun lebih kita tembak lebih kurang 400 babi hutan dan baru-baru ini bersama Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Jabatan Veterinar Melaka dijalankan ujian DNA atas babi di Pulau Besar bagi mengetahui asal babi tersebut dan penyakit dibawanya," katanya kepada pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.
Iklan
Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) yang ingin tahu mengapa babi hutan yang didakwa dari Indonesia memilih Melaka bukan Singapura sebagai habitat baharunya.
Menjawab soalan itu, Norhizam berkata, Singapura melaksanakan langkah berkesan mengawal populasi babi hutan sebaliknya di Melaka, kerajaan dipimpin Barisan Nasional gagal mengatasi masalah itu daripada awal.
Iklan
"Seekor babi boleh beranak lima hingga enam ekor (sekali beranak), bayangkan kalau lima hingga enam tahun tidak ditembak berapa banyak," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>