Serangan sperma di Tasikmalaya

Iklan
Seorang lelaki diburu polis kerana menyimbah sperma ke atas beberapa wanita di Tasikmalaya, Jawa Barat.

KOTA BANDUNG - Seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia diburu pihak berkuasa kerana menyembur sperma ke atas beberapa orang wanita.

Perbuatan jijik itu dilaporkan berlaku di Tasikmalaya dan sehingga kini berbelas wanita dilaporkan menjadi mangsa lelaki berkenaan.

Iklan
Iklan

Modus operandi lelaki tersebut ialah menyasarkan wanita yang berdiri di bahu jalan ketika sedang menunggu teksi motosikal atau ojek.

Kes berkenaan tular selepas salah seorang mangsa memuat naik video 'serangan' di media sosial.

Iklan

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan kelibat suspek yang sedang menunggang motosikal menyimbah sejenis cecair ke arah badan mangsa.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Tasikmalaya, Asisten Komisioner Dadang Sudiantoro berkata, beberapa mangsa lelaki terbabit tampil membuat laporan polis dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Iklan

"Suspek menunggang motosikal jenis skuter dan memakai jaket kulit. Lelaki berkenaan mungkin berusia 20-an berdasarkan keterangan mangsa," katanya. - Agensi