Aktivis ves kuning bertindak ganas

Iklan
Aktivis 'ves kuning' membakar beberapa buah motosikal di Paris, semalam.

PARIS - PERANCIS. Pertempuran antara aktivis 'ves kuning' dan polis anti rusuhan kembali meletus semalam.

Tunjuk perasaan minggu kelapan itu pada mulanya diadakan secara aman di sepanjang sungai Seine, bertukar ganas apabila polis anti rusuhan bertindak menghalang kemaraan aktivis di luar Musee d'Orsay.

Iklan
Iklan

Sekelompok kecil aktivis yang tidak berpuas hati bertindak liar dan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.

Jurucakap kerajaan, Benjamin Griveaux berkata tindakan perusuh yang cuba merempuh masuk ke pejabat kementerian itu diibaratkan cuba menjatuhkan kerajaan.

Iklan

"Terdapat sekelompok perusuh ves kuning cuba merempuh pintu pagar kementerian kira-kira jam 4.30 petang.

"Mereka turut memecahkan cermin bangunan dan merosakkan dua kenderaan sebelum cabut lari," katanya.

Iklan

Pergerakan ‘ves kuning’ di Perancis pada awalnya bermula sebagai bantahan mengenai kenaikan bahan api tetapi merebak menjadi tunjuk perasaan besar-besaran menentang dasar Presiden Emmanuel Macron. - Agensi