Dua lelaki Filipina ditahan mencuri kulit kayu bakau

Iklan

BELURAN - Pihak berkuasa menahan dua lelaki Filipina kerana menceroboh dan mencuri kulit kayu bakau di hutan simpan Pulau Jambongan, Paitan dekat sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mereka ditahan dalam Operasi Khazanah yang dijalankan oleh Tiger Platun Batalion 20 PGA dibantu oleh Jabatan Perhutanan pada jam 5 petang semalam.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan di kawasan sekitar mendapati terdapat empat longgokan kulit kayu bakau, yang mana setiap longgokan kayu dianggarkan seberat satu tan dengan nilai dianggarkan kira-kira RM52,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, kedua-dua suspek ditahan manakala kayu dan kapak serta tukul dan tiga sampan kecil dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran untuk tindakan lanjut. - Bernama

Iklan
Iklan