Potato, si kucing muka terkejut
Iklan
WASHINGTON - Seekor kucing dari Amerika Syarikat dengan mata besar yang menampakkan ekspresi wajahnya seakan-akan sentiasa terkejut berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.
Ashley Norlien, 21, memelihara Potato sejak dua tahun lalu dan seperti kebanyakan pemilik kucing, Norlien tidak ketinggalan berkongsi gambar haiwan peliharaannya di laman sosial.