PATI menyorok di bawah barangan kitar semula elak dicekup

Iklan
Antara PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi bersepadu di dua lokasi semalam.

SHAH ALAM - Tindakan warga asing bersembunyi di bawah barangan kitar semula gagal mengaburi mata penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor ketika operasi bersepadu kilang industri kitar semula dan pemprosesan makanan.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 150 warga asing yang diperiksa di dua premis terbabit di Rawang dan Shah Alam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua PATI dianggarkan berusia di antara 20 hingga 45 tahun terdiri daripada 48 lelaki dan empat wanita.

Antara PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam operasi bersepadu di dua lokasi semalam.

"Kesalahan yang dilakukan oleh PATI ini ialah di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang telah diberikan," katanya.

Iklan

Katanya, kesemua mereka direman selama 14 hari di bawah seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih.

Mohamad Shukri memberitahu, operasi yang bermula jam 10 pagi itu turut membabitkan siasatan ke atas majikan.

Iklan

"Jika didapati bersalah mereka juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya.