APMM Kelantan bekukan cuti anggota

Iklan
Muhammad Nur Syam (Kiri) sempat menyantuni penduduk kampung yang menggunakan bot di kawasan Teluk Renjuna.

KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan membekukan cuti kepada lebih 130 anggota sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata,pembekuan cuti bermula bermula 1 November lalu sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Iklan
Iklan

"Pembekuan cuti ini bagi membolehkan persediaan dilakukan untuk membantu mangsa banjir dan bertugas di laut. Tugasan mengikut giliran yang akan ditetapkan," katanya selepas menyantuni penduduk di beberapa pulau di Tumpat hari ini.

Muhammad Nur Syam memakaikan jaket keselamatan kepada Hazwadi Mohamad disini.

Muhammad Nur Syam turut menasihatkan pengguna bot kecil menggunakan jaket keselamatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Iklan

Beliau memberitahu, APMM juga bersedia menangani pencerobohan nelayan asing setiap hari bagi mengelakkan kecurian hasil laut.

"Nelayan asing akan mengambil peluang melakukan aktiviti penyeludupan pada musim tengkujuh tetapi kami tetap bersedia 24 jam bagi mengelakkan jenayah itu," katanya.

Iklan
Muhammad Nur Syam (dua,kanan) sempat menyapa Mahadi Mahmood dan memberi penerangan ringkas mengenai keperluan menggunakan jaket keselamatan.