Pekerja logistik mengaku salah buang janin dalam mangkuk tandas
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kes penahanan seorang lelaki dan wanita bersabit penemuan janin awal bulan ini.
LABUAN - Seorang pekerja logistik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang janin bayi dalam mangkuk tandas yang ditemukan di loji rawatan kumbahan di sebuah taman perumahan pada 3 November lepas.
Tertuduh, Maria Resi Pora, 26, membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.
Iklan
Iklan
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula bagi menunggu laporan patologi sebelum menjatuhkan hukuman.
Wanita yang berasal dari Kota Marudu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.
Iklan
Maria yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang semasa membuat pengakuan bersalah dan memohon jaminan yang rendah kerana beliau mempunyai ibu yang sudah tua dan adik-beradik yang perlu dijaga.
Leona membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin tempatan dan memerintahkan supaya terus berada di dalam lokap polis sehingga wang jaminan diselesaikan selain mengarahkan agar pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Iklan
Pada 7 November lepas, polis menahan tertuduh berikutan penemuan janin berusia 24 hingga 28 minggu dalam perangkap sampah di loji rawatan kumbahan di Taman Mahkota Impian oleh pekerja Indah Water Consortium Sdn Bhd yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kira-kira 8 pagi, 4 November.
Polis menahan tertuduh di Lapangan Terbang Labuan sebaik tiba dari Miri, Sarawak kira-kira 11.55 pagi, turut ditahan adalah teman lelakinya, seorang penjawat awam berusia 26 tahun yang sedang menunggu ketibaan tertuduh di lapangan terbang terbabit.
Lelaki itu masih direman sehingga mendapat keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) daripada pakar patologi. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita, teman lelaki disyaki buang janin dalam mangkuk tandas ditahan
Bertahun-tahun menitipkan doa kepada kenalan yang mengerjakan umrah dan haji di tanah suci Makkah, agar hati dibukakan untuk menerima Islam, akhirnya doa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah dimakbulkan apabila beliau melafazkan dua kalimah syahadah di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas, pada Ahad.
Selepas lebih 10 tahun mencari pegangan hidup, Ruddy, 58, akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengambil keputusan memeluk agama itu bersama isteri Datin Seri Asiah Udin bersama anak bongsu mereka, Aswady, 26.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793183/edisi/sabah-sarawak/sebut-nama-saya-di-makkah-doakan-saya-jadi-muslim-adun-pitas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.