Amaran kepada pemandu, pengusaha syarikat bas!

Iklan
Zulkifli menunjukkan antara pemandu bas yang berdegil meletakkan kenderaan di tepi jalan dan kawasan yang tidak dibenarkan di sekitar KLIA dan KLIA2.

SEPANG - Polis memberi amaran kepada pemandu dan pemilik bas untuk tidak sesuka hati memarkir kenderaan di bahu jalan atau kawasan yang tidak dibenarkan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, sepatutnya bas diletakkan di tempat khas (Bus Holding Area) yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB).

Iklan
Iklan

Katanya, sebagai langkah tegas, operasi akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MAHB bagi mengesan mereka yang masih berdegil.

"Apa yang berlaku hari ini kita lihat masih terdapat syarikat bas yang berdegil dan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan MAHB.

Iklan

"Kita akan bekerjasama dengan JPJ dan MAHB untuk mengadakan operasi bagi memastikan pemandu bas mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan pihak berkuasa lapangan terbang.

Tambah Zulkifli, amaran itu bukan sahaja kepada pemandu bas sahaja tetapi turut dikenakan kepada semua kenderaan lain agar tidak sesuka hati meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

Iklan

Jelasnya, banyak impak negatif yang akan berlaku antaranya ianya boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Pihak Polis, JPJ serta Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Kuala Lumpur memandang serius isu ini. Kita akan memastikan mereka mematuhi peraturan dan ini sebagai langkah meningkatkan soal keselamatan kepada pengunjung atau pelancong di sini.

"Dijangkakan KLIA dan KLIA2 akan menerima pengunjung kira-kira 200,000 orang sehari yang terdiri daripada masyarakat dalam dan luar negara menjelang musim cuti yang akan tiba tidak lama lagi. Sempena tahun melawat Malaysia pada tahun hadapan, kita mesti memberi gambaran keselesaan yang baik kepada semua," katanya.