Ular sawa 80kg telan kambing, kucing ditangkap

Iklan
Ular sawa yang menyerang sebuah kandang kambing di Kopisan, Gopeng.

GOPENG - Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum menangkap seekor ular sawa sepanjang 6 meter yang 'menyerang' kandang kambing di Kopisan, di sini hari ini.

Ular seberat 80 kilogram itu dikesan telah menelan dua ekor kambing dan seekor kucing.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Shahri Shaharudin berkata, kehadiran reptilia itu disedari pemilik kandang sebelum menghubungi anggota bomba pada jam 8.40 pagi.

"Sebaik tiba di lokasi, ular sawa berkenaan masih berada di dalam kandang terbabit dan bertindak agak agresif.

Iklan
Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 80 kilogram.

"Anggota kemudiannya menggunakan penjerut ular untuk menangkap reptilia berkenaan dengan mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya.

Menurutnya, reptilia itu 'memuntahkan' semula seekor daripada kambing yang ditelan setelah 'diganggu' anggota bomba.

Iklan

"Ular sawa tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi melibatkan enam anggota itu tamat pada jam 9.40 pagi.