AS zahir kebimbangan situasi di Hong Kong
Iklan
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kebimbangan serius berhubung situasi keganasan di Hong Kong dan menyeru perdamaian antara pihak berkuasa dan penunjuk perasaan prodemokrasi.
"Kami mengecam keganasan daripada kedua-dua belah pihak, melahirkan simpati terhadap mangsa keganasan tanpa mengira pendirian politik dan menyeru pihak polis dan penunjuk perasaan untuk berdamai," kata jurucakap Jabatan Negara, Morgan Ortagus dalam satu kenyataan.