Akta OKU perlu ditambah baik: Ras Adiba Radzi
Iklan
Ras Adiba Radzi ketika ditemu ramah bagi mengupas isu Dilema OKU menerusi Bernama Radio di Wisma Bernama hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 sedia ada perlu ditambah baik bagi memastikan hak golongan itu dilindungi dan tidak disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
Pengasas pertubuhan bukan kerajaan OKU Sentral, Ras Adiba Radzi berkata, langkah itu penting bagi memastikan wujud peraturan dan tindakan undang-undang yang selaras dikenakan terhadap mereka yang menyalah guna prasarana yang disediakan untuk golongan itu.
Iklan
Iklan
Beliau yang merupakan personaliti televisyen veteran berkata peraturan dan denda berbeza yang dilaksanakan setiap pihak dan badan dilihat tidak cukup ‘taring’ dan mampu mendidik masyarakat dalam menghormati keperluan komuniti OKU.
"Kita tidak ada hukuman atau denda jika sesebuah bangunan dibina tidak mengikut spesifikasi (yang selamat dan mesra OKU), begitu juga dengan syarikat atau badan yang tidak mengambil OKU bekerja kerana sepatutnya ada satu peratus.
Iklan
Kita perlu pastikan standard peraturan garis panduan yang kita boleh ikut, kita tidak boleh 'hentam kromo' lagi, kalau kita tidak tekankan ( kesedaran hak kesaksamaan OKU ) sampai bila-bila tak berubah," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Bernama Radio malam ini.
Ras Adiba berkata, masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran dan dipersiapkan dengan latihan bagi membantu dan menyokong komuniti itu untuk bergerak sebagai masyarakat harmoni. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>