PETALING JAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan Kelantan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik berikutan terpaksa meminta bantuan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta bagi membayar gaji kakitangan awam di negeri itu.
Katanya, walaupun permohonan diluluskan, beliau mendakwa tetap menerima kritikan dan makian, namun menegaskan perkara berkenaan diketepikan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.
Beliau juga tidak menolak, kecaman pihak terlibat sebenarnya bagi menutup kelemahan diri sendiri yang dilihat memainkan sentimen perkauman dan agama.