Banglo pusat operasi judi 'online' diserbu polis

Iklan
Banglo mewah dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian oleh warga China.

AMPANG - Seramai 28 warga China ditahan dalam serbuan di sebuah banglo mewah yang dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian (JOL) dalam serbuan di Jalan Kasawari, di sini hari ini.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 1.40 petang itu diketuai Asisten Superintendan Mohd Zulaimi Zubir.

Iklan
Iklan

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, ketika serbuan dilakukan, semua individu berkenaan sedang leka menjalankan urus niaga judi dalam talian menggunakan telefon bimbit dan komputer riba.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan di banglo berkenaan berjaya menahan 25 lelaki dan tiga wanita warga China berusia 20 hingga 44 tahun bekerja sebagai pengendali urus niaga judi dalam talian di pusat judi berkenaan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas menemui pelbagai aplikasi dan laman sesawang judi dalam talian dianjurkan sindiket berkenaan.

Seramai 28 warga China ditahan termasuk tiga wanita dalam serbuan di sebuah banglo mewah yang dijadikan pusat operasi perjudian dalam talian (JOL) dalam serbuan di Jalan Kasawari, di sini hari ini.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai aktif melakukan kegiatan penganjuran judi dalam talian itu sejak dua bulan lalu dengan menjadikan kediaman mewah itu sebagai pusat operasi.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati, semua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah atau pas lawatan sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya turut merampas 25 komputer riba, 28 telefon pintar pelbagai jenama dan satu modem internet.

"Siasatan lanjut berhubung kes itu dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(G) akta sama.

"Kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan perjudian dalam talian supaya tampil menyalurkan informasi kepada pihak polis di mana-mana balai berhampiran,” katanya.