Terengganu akan bertemu mudir pusat tahfiz tidak berdaftar: MB
Iklan
Dr Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri akan merangka pertemuan bersama mudir pusat tahfiz yang belum berdaftar di negeri ini.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan membentuk jawatankuasa untuk mengadakan pertemuan bersama ketua atau mudir di pusat tahfiz berkenaan.
Iklan
Iklan
"Secara keseluruhan tidak semua sekolah tahfiz di negeri ini yang telah mendaftar. Masih terdapat peratusan kecil lagi yang belum mendaftar, namun maklum balas yang kita terima daripada mereka adalah positif untuk mendaftar.
"Pendaftaran pusat atau sekolah tahfiz penting bagi mengelak isu-isu berkaitan dengan penderaan dan seumpamanya selain mengawal selia perkara lain aspek keselamatan, keceriaan, kesihatan mereka tahfiz,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri di Stadium Negeri di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah pusat tahfiz persendirian yang belum mendaftar di negeri ini.
Ia susulan tragedi menimpa seorang pelajar di sebuah maahad tahfiz yang meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya di Lanchang di Temerloh yang dilaporkan semalam.
Iklan
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian berlaku di Temerloh itu dan akan menjalankan pemantauan ke atas pusat-pusat tahfiz termasuk yang tidak berdaftar di negeri ini.
"Kita akan terus memantau aspek-aspek keselamatan di pusat tahfiz ini termasuk yang belum berdaftar.
"Walaupun ia tidak secara langsung di bawah bidang kuasa kerajaan negeri namun kita berperanan untuk memastikan aspek-aspek ini terjaga,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>