Kes kematian pelajar tahfiz buka mata semua pihak

Iklan
Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin

KUANTAN - Kes kematian seorang pelajar tahfiz berusia tujuh tahun di Temerloh kelmarin wajar dijadikan tauladan kepada semua masyarakat umum agar mengambil berat perihal sekeliling.

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Keluarga dan Wanita Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, masyarakat perlu cakna dan memerhatikan apa yang berlaku di persekitaran mereka bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Iklan
Iklan

"Saya dukacita dengan apa yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada keluarga. Jenayah kalangan kanak kanak perlu mendapat perhatian masyarakat.

"Selain itu, saya mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Muip (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang) dengan menutup sekolah tahfiz berkenaan," katanya di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau juga berharap program pemutihan pusat tahfiz yang tidak berdaftar ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak.