Ahmad Faizal perlu mohon maaf: DAP
Iklan
Wong Kah Woh
IPOH - DAP Perak menuntut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di atas keterlanjuran kata-katanya yang bercanggah dengan semangat muafakat PH.
Setiausahanya, Wong Kah Woh berkata, kata-kata Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PH Perak melalui rakaman video yang tular itu amat dikesali dan sangat memalukan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tindakannya yang mengangkat wakil pembangkang sambil memperlekehkan sahabat dalam PH tidak boleh diterima sama sekali.
"DAP Perak pada setiap masa mendokong muafakat PH dan percaya bahawa gabungan politik ini mampu membawa perubahan dan menjana harapan baru kepada rakyat pelbagai kaum melalui pelaksanaan manifesto PH. DAP Perak percaya mandat rakyat adalah mandat kepada PH, bukan mana-mana individu.
Iklan
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman video perbualan Ahmad Faizal ketika membantu calon PH bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini yang tular hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak nafi ada masalah dengan DAP
Klip video MB Perak cetus tanda tanya
Iklan
Bagaimanapun, Ahmad Faizal menafikan beliau mempunyai masalah dengan DAP di Perak.
Beliau yang bercakap kepada portal berita Free Malaysia Today berkata, kata-katanya di dalam video yang tular dipetik di luar konteks.
Sementara itu, Kah Woh berkata, sebagai menteri besar dan Pengerusi PH Perak, Ahmad Faizal seharusnya menunjukkan contoh kepimpinan yang baik.
"Saya menegaskan bahawa semangat permuafakatan PH harus didokong setiap masa dan Menteri Besar Perak selaku Pengerusi PH Perak seharusnya memimpin melalui teladan bukan sebaliknya.
Sementara itu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyifatkan kata-kata Menteri Ahmad Faizal itu sebagai memalukan.
Farhash Wafa
Menurutnya, Ahmad Faizal tidak layak menjadi menteri besar PH jika menganggap DAP sebagai musuh di dalam kerajaan Perak.
Beliau berkata, mandat yang dikongsi bersama antara komponen PH tidak harus dipertikaikan malah sudah menjadi tugas sebagai menteri besar untuk meyakinkan rakyat akan ketelusan pakatan ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tiada istilah ‘tikam belakang', hanya strategi untuk menang - Ahmad Maslan"><meta itemprop="description" content="UMNO menegaskan tindakan parti mengambil langkah strategik dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bukan bermaksud ‘tikam belakang’ mana-mana pihak sebaliknya usaha memastikan kemenangan parti khususnya di negeri yang tidak mempunyai perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, tiada perjanjian antara UMNO dan PH di peringkat negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sekali gus membolehkan pucuk pimpinan menentukan strategi terbaik bagi memaksimumkan kemenangan parti.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792492/berita/politik/tiada-istilah-tikam-belakang-hanya-strategi-untuk-menang---ahmad-maslan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PH #AhmadMaslan #Politik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-18T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dWmcs1gW-i10z30aQ/x1080"><meta itemprop="duration" content="P100S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xayo88m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xayo88m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xayo88m"></script>