Jonathan Wong raih pingat perak Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia
Iklan
ATLET lompat jauh paralimpik negara, Jonathan Wong Kar Gee, meneruskan persembahan mengagumkan di pentas antarabangsa apabila meraih pingat perak dalam kategori T12 lelaki (masalah penglihatan) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu hari ini.
Atlet berusia 28 tahun dari Sabah itu berjaya merangkul pingat emas pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix Terbuka Dunia Handisport di Paris, Perancis pada Ogos lalu dengan lompatan sejauh 7.06 meter, menurut laman web Paralimpik, www.paralympics.org.