Malaysia sumbang AS$20,000 bantu pulih banjir di negara Afrika
Iklan
PUTRAJAYA - Malaysia akan menyumbang AS$20,000 kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan khusus buat menjayakan usaha-usaha pemulihan banjir yang melanda negara-negara Afrika.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata pihaknya memantau keadaan banjir yang melanda beberapa negara Afrika ketika ini termasuk Algeris, Mesir, Ethiopia, Ghana, Kenya, Maghribi, Nigeria, Senegal, Somalia, Sudan, Selatan Sudan serta Tanzania.