Dua wartawan mati ditikam di Indonesia

Iklan
Mayat kedua-dua wartawan terbabit dibawa ke hospital bagi menjalani proses bedah siasat. - Foto AFP

JAKARTA - Dua orang wartawan yang menjadi pengantara dalam pertikaian antara sebuah syarikat minyak kelapa sawit dan penduduk ditemui mati dengan pelbagai kecederaan tikaman berhampiran sebuah ladang di Sumatera.

Mayat Maraden Sianipar ditemui pada Rabu lalu dalam sebuah parit di daerah Labuhan Batu kira-kira lapan jam perjalanan dari ibu kota Sumatera Utara, Medan.

Iklan
Iklan

Sementara mayat Maratua Siregar ditemukan di lokasi sama sehari kemudian.

Mayat kedua-dua wartawan terbabit dipenuhi dengan kesan luka tikaman.

Iklan

Ketua polis tempatan, Agus Darojat memberitahu kepada AFP, setakat ini enam individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan namun tiada tangkapan dibuat.

Difahamkan, kedua-dua wartawan terbabit memiliki reputasi dalam menyelesaikan isu membabitkan pertikaian tanah.

Iklan

Sebelum kematian mereka, Maraden dan Maratua sedang menggerakkan kempen bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan penduduk tempatan bekerja di tanah yang dipertikaikan.

Sementara itu, Persatuan Wartawan Indonesia mengutuk pembunuhan tersebut dan menuntut pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan dengan telus.

Keganasan terhadap wartawan di republik berkenaan bukan perkara baharu namun kebanyakan kes gagal diselesaikan. - AFP