Sarawak cadang perkenal program air percuma
Iklan
ABANG JOHARI
KUCHING - Kerajaan Sarawak bercadang untuk memperkenalkan program air percuma yang dianggarkan memberi manfaat kepada 600,000 akaun isi rumah di seluruh negeri ini bermula tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, di bawah program itu setiap isi rumah dari kawasan bandar dan luar bandar akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama dalam bil air bulanan mereka.
Iklan
Iklan
"Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM40 juta,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri berkata, kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan bantuan khas bagi penjagaan selepas bersalin dengan pembiayaan berjumlah RM18 juta diperuntukkan tahun depan sebagai bantuan tambahan kepada kalangan ibu untuk meringankan bebanan mereka selepas melahirkan anak.
Iklan
"Setiap ibu akan menerima RM450 berkuat kuasa 1 Januari 2020,” katanya.
Katanya, ia adalah sambungan kepada insentif yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2019, yang mana setiap bayi Sarawak yang baharu dilahirkan akan menerima RM1,000.
Iklan
Selain itu, Abang Johari berkata, kerajaan negeri turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah percuma tahun depan bagi keselesaan pelajar dari sekitar Bandaraya Kuching untuk pergi dan balik sekolah.
Katanya, perkhidmatan itu, berdasarkan konsep ‘hop-on hop-off’, pelajar boleh menaiki bas dari mana-mana tempat di sepanjang laluan bas dan kemudian turun di sekolah masing-masing.
"Idea ini timbul kerana kami mengambil maklum beban kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dalam menangani kos pengangkutan ke sekolah.
"Selain itu, perkhidmatan ini akan turut membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. Ini akan menjadi inisiatif perintis kami dan akan diperkenalkan di bandar raya lain di Sarawak yang padat dengan penduduk apabila diperlukan,” katanya.
Beliau berkata, bagi membantu siswazah anak Sarawak yang berdepan kesukaran membayar balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi mengusahakan mekanisme terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.