Tak adil jika hukuman mati ketika proses moratorium berjalan
Iklan
Noorazmir
SHAH ALAM - Sekiranya hukuman mati dijalankan ke atas pesalah selepas mahkamah memutuskan kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) ketika hukuman tersebut berada di peringkat moratorium (dibekukan) ia dilihat sebagai tidak adil.
Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam), Noorazmir Zakaria berkata, ini kerana sekiranya kerajaan membawa rang undang-undang (RUU) cadangan untuk memansuhkan hukuman mati di Parlimen dan seterusnya diluluskan maka sudah pasti ia memberikan kezaliman bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada keluarga si mati.
Iklan
Iklan
"Cuma di sini hanya hukuman mati sahaja yang berada di peringkat moratorium. Maksudnya pihak polis dan mahkamah tetap meneruskan tugas mereka dalam kes berkaitan dadah di bawah seksyen tersebut.
"Satu lagi contoh ialah berkaitan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang hangat diperkatakan dan ramai pihak mahu ia dimansuhkan. Jika kerajaan mahu mansuhkan pasti ada proses moratorium ini bagi tujuan kajian dan ada jangka masanya. Di sini polis tetap meneruskan siasatan dan mahkamah tetap bersidang," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Iklan
Katanya, jangka masa moratorium hukuman mati bergantung kepada kerajaan kerana perlu melalui pelbagai peringkat proses seperti kajian dan dibawa ke Parlimen terlebih dahulu sebelum diputuskan.
"Itu sekiranya berjaya. Jika tidak berjaya diluluskan atau menerima sokongan, hukuman sedia ada akan kekal," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>