156 pembayar cukai buat pengakuan sukarela
Iklan
LHDN
KOTA KINABALU - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah setakat ini merekodkan 156 pembayar cukai daripada pelbagai kategori, membuat pengakuan sukarela di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS), yang dilancarkan pada November tahun lepas.
Pengarahnya Datuk Hajam Lajah Alam berkata ia melibatkan kutipan cukai sebanyak RM10.1 juta.
Iklan
Iklan
"Setakat hari ini, seramai 156 pembayar cukai di Sabah direkodkan membuat pengakuan sukarela sejak PKPS dilancarkan November tahun lepas.
"Semua pembayar cukai diminta hadir ke pejabat LHDN untuk membuat pengakuan sukarela dan kita akan menerima (laporan cukai pendapatan) secara terbuka dan tanpa prejudis,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, hari ini.
Hajam berkata program PKPS itu ditawarkan kepada lima kategori pembayar cukai individu, syarikat, dan organisasi, iaitu mereka yang tidak pernah mendaftar fail cukai pendapatan atau pembayar cukai berdaftar tetapi belum melaporkan pendapatan.
Iklan
"Selain itu, program ini juga ditawarkan untuk pembayar cukai individu, syarikat dan organisasi yang tidak melaporkan keuntungan pelupusan aset dan gagal menyetemkan surat cara,” katanya.
LHDN menawarkan kadar penalti rendah antara 10 peratus dan 15 peratus kepada mana-mana pembayar cukai yang tampil pembuat pengakuan sepanjang program PKPS berlangsung sehingga 30 Jun tahun ini, dan kadar penalti asal antara 80 peratus dan 300 peratus, akan dikenakan bermulai 1 Julai. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.