Al-Baghdadi cemarkan imej Islam: Arab Saudi
Iklan
JEDDAH - Arab Saudi menyifatkan pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr Al-Baghdadi telah mencemarkan imej Islam dan 'memuji' pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) di barat laut Syria kerana berjaya menumpaskan lelaki itu.
"Kerajaan Saudi menghargai keupayaan pentadbiran AS untuk menghapuskan anggota organisasi militan itu yang nyata memburukkan imej sebenar Islam dan telah melakukan banyak kekejaman serta jenayah.