KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah menghargai sumbangan penting komuniti India dalam membawa kemajuan menerusi pelbagai aspek pembangunan negeri.
Ketua menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun komuniti India di Sabah adalah kecil, namun ia memiliki ramai profesional dan mereka turut menyumbang kepada pembangunan negeri dalam pelbagai bidang sejak zaman penjajah lagi.