Ribut Siklon: JPS ramal sungai di pantai timur tak terjejas
Iklan
SHAH ALAM - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan lembangan sungai Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak menunjukkan risiko banjir bagi tempoh pemantauan 6 jam ke hadapan bermula 12 tenghari hingga 6 petang semalam.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat terkini amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menunjukkan siklon tropika berlaku di Laut Cina Selatan dan dijangka bergerak menuju ke arah utara perairan Semenanjung Malaysia.