PH terus perjuang perpaduan rakyat, tolak politik kebencian
Iklan
Pakatan Harapan
KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus memperjuangkan perpaduan rakyat dan menolak politik berasaskan kebencian bagi menjadikan Malaysia yang lebih baik, makmur, bersih serta inklusif.
Majlis Setiausaha PH dalam satu kenyataan bersama hari ini menegaskan PH komited menjaga perpaduan rakyat tanpa mengira agama, kaum, wilayah dan usia dalam usaha untuk melihat Malaysia yang lebih baik dan maju meskipun ada pihak cuba mencemarkan keharmonian etnik di Malaysia serta memainkan isu perkauman menjelang pilihan raya kecil Tanjung Piai 16 November depan.
Iklan
Iklan
"Mandat yang diberikan rakyat untuk melihat Malaysia lebih baik, makmur, bersih, dan inklusif akan terus diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan.
"Sebarang usaha mengganggu perpaduan nasional akan melambatkan agenda pembangunan ekonomi Malaysia dan akan mengembalikan kerajaan kleptokrasi mentadbir anak cucu kita pada masa hadapan,” menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH itu.
Iklan
Majlis Setiausaha PH dianggotai Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung - PKR (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), Bersatu (Datuk Marzuki Yahya), Amanah (Datuk Anuar Tahir) dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook.
Majlis Setiausaha itu turut menyatakan sokongan penuh Belanjawan 2020 bertemakan 'Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Bersama ke Arah Kemakmuran Bersama' yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 11 Oktober yang menzahirkan komitmen kerajaan PH memacu pembangunan ekonomi Malaysia berasaskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Iklan
Tindakan sesetengah pihak mencemarkan keharmonian kaum ketika kerajaan berusaha menyediakan Belanjawan 2020 bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu penting, menurut kenyataan itu.
"Usaha tidak murni ini hanyalah bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu yang lebih penting, iaitu meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat berbanding isu perkauman yang hanya mengundang kepada perbalahan emosi dan suasana tidak harmoni antara etnik.
"Isu perkauman ini kian rancak apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai semakin dekat,” menurut kenyataan itu. - Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil