'Hanya Majlis Presiden PH putuskan proses transisi PM'

Iklan
Khalid Abdul Samad - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menegaskan bahawa persoalan transisi dan kedudukan Perdana Menteri hendaklah diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan bukan oleh mana-mana individu atau badan lain.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, perbincangan mengenai perkara itu oleh mana-mana pihak atau badan selain daripada Majlis Presiden PH hanya sia-sia dan tidak bermakna.

Iklan
Iklan

"Sepertimana majlis tersebut telah menentukan Perdana Menteri ketujuh, begitu juga majlis yang sama akan menentukan Perdana Menteri kelapan dan masa serta kaedah ia akan dilaksanakan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu mendakwa gabungan PH akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu.

Iklan

Beliau turut memberi amaran kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu kerana sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Armada beri amaran kepada Ronnie Liu

Kenyataan Ronnie itu mendapat respons daripada pimpinan bersatu antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli yang mencabar Ronnie dan kepimpinan tertinggi DAP membawa usul membuang Bersatu dari komponen PH di dalam mesyuarat majlis presiden gabungan terbabit.

Iklan

Selain itu Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia, Ulya Aqamah Husamudin menegaskan bahawa kenyataan angkuh Ronnie itu tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut Khalid berkata, sebarang cadangan bagi menubuhkan kerajaan tanpa Amanah dan DAP atau tanpa Bersatu adalah pelanggaran terhadap mandat tersebut dan tidak wajar dilayan.

Peralihan jawatan PM: Amanah teguh dengan konsensus PH

Kerajaan 'pintu belakang': Itu kenyataan kumpulan terdesak!