Azizulhasni prospek emas Olimpik 2020: Syed Saddiq
Iklan
KEJAYAAN Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan hari ini memberi gambaran bahawa tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan jaguh trek negara berusia 31 tahun itu sebagai seorang berjiwa kental dan mempunyai semangat juang yang tinggi.