MASA depan pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kini lebih terjamin selepas hala tuju yang jelas merupakan antara sembilan inisiatif baharu NFDP dalam menambah baik agenda sedia ada pada program tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, satu kerjasama bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan dirangka bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelatih selepas keluar pada usia 17 tahun.