226 mangsa banjir di Hilir Perak malam ini

Iklan
banjir

IPOH - Seramai 226 mangsa banjir daripada 63 keluarga di daerah Hilir Perak masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada malam ini.

Ia menunjukkan peningkatan jumlah mangsa berbanding seramai 219 daripada 61 keluarga pada petang tadi.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata PPS itu merupakan satu-satunya PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan dekat sini dibuka setakat jam 10 malam.

"Mangsa terdiri daripada 109 lelaki dan 117 wanita," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi akan memberi maklumat terkini dari semasa ke semasa berhubung jumlah mangsa terlibat dan keadaan di lokasi berlaku banjir. - Bernama