Isteri MB Johor selamat lahirkan anak keempat
Iklan
JOHOR BAHRU - Isteri Menteri Besar Johor Datin Dr Nila Armila Mukdan selamat melahirkan cahaya mata keempatnya di sebuah hospital swasta, dekat Muar, awal pagi tadi.
"Bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, isteri saya Dr Nila Armila selamat melahirkan cahaya mata keempat kami, pagi tadi,” kata Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahrudin Jamal dalam satu kenyataan ringkas.