Parlimen Hong Kong kecoh lagi

Iklan
Ahli Parlimen prodemokrasi, Lam Cheuk-ting (tengah) dihalang anggota keselamatan ketika beliau mula melaungkan slogan mengkritik Lam. - Foto: AFP

HONG KONG - Ahli Parlimen prodemokrasi terpaksa diheret keluar dari dewan selepas kekecohan sekali lagi tercetus di Majlis Legislatif (LegCo) hari ini.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam kembali semula ke dewan itu untuk sesi soal jawab berhubung ucapan dasar tahunan beliau yang terpaksa dibentangkan menerusi rakaman video semalam.

Iklan
Iklan

Situasi di dewan terbabit mula kecoh apabila kumpulan penentang mula melaungkan slogan mengkritik Lam secara lantang hingga memaksa mereka dibawa keluar seorang demi seorang.

Sehari sebelum itu, Lam juga berdepan ‘gangguan’ ahli Parlimen prodemokrasi yang membentuk minoriti di dewan terbabit selepas mereka mula menjerit dan mengejek beliau ketika mahu membentangkan dasar tahunan yang memfokuskan isu perumahan dan punca pendapatan rakyat.

Iklan

Beliau hanya sempat berucap tidak sampai seminit dan terpaksa meninggalkan dewan tersebut apabila keadaan mula tidak terkawal.

Menerusi ucapan dasar yang dibentangkan pemimpin tersebut, beliau dilihat cuba untuk memenangi semula hati penduduk bandar raya tersebut dengan janji untuk meningkatkan tawaran rumah dan turut mengumumkan beberapa subsidi selepas hab kewangan Asia itu dilanda siri protes sejak empat bulan lalu.

Iklan

Beliau bagaimanapun gagal untuk memberi konsesi politik kepada gerakan prodemokrasi yang telah melumpuhkan Hong Kong dan menyatakan kemajuan hanya boleh dicapai apabila protes ganas itu berakhir. - AFP

5 perkara ini berlaku kepada Hong Kong dalam tempoh 24 jam